Jumaat, 17 Julai 2015 | 2:15pm
YANG Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (lima dari kiri) bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus (tiga dari kiri) menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid negeri Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam

Yang di-Pertua Pulau Pinang solat Aidilfitri di masjid negeri

GEORGETOWN: Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Pulau Pinang, pagi tadi.

Yang di-Pertua Negeri hadir kira-kira jam 8.50 pagi, sambil diiringi isteri, Toh Puan Majimor Shariff serta Setiuasaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus.

Solat sunat serta khutbah Aidilfitri diketuai Imam Besar Masjid Negeri, Salahuddin Ghozali, di hadapan kira-kira 5,000 jemaah.

Selepas solat sunat pagi itu, beliau turut mengambil kesempatan bersalaman dengan jemaah yang turut sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan.

Berita Harian X