Jumaat, 3 Julai 2015 | 7:10pm

PM, TPM hadiri majlis berbuka puasa UMNO Johor

NAJIB, (tengah) bersama Muhyiddin Yassin , (dua dari kiri), Mohamed Khaled, (tiga dari kanan) dan Hishammuddin , (dua dari kanan) pada majlis Tadarus, Khatam Al Quran dan berbuka Puasa bersama Datuk Seri Najib di Saujana malam ini.- Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan UMNO Johor di Saujana, dekat sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.

Majlis itu disertai oleh kira-kira 1,000 pemimpin dan ahli UMNO.

Terdahulu turut diadakan Tadarus dan Khatam al-Quran yang dimulakan selepas solat Jumaat.

Berita Harian X