Selasa, 23 Jun 2015 | 3:05pm

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Hulu Langat, KL

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah di daerah Hulu Langat berikutan kekurangan bekalan air terawat dan permintaan yang tinggi merebak ke beberapa kawasan lain di situ dan sebahagian kawasan di Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air dalam bentuk tidak ada bekalan air atau tekanan rendah yang terkini sejak kebelakangan ini mulai 18 Jun lalu, dialami pula sebahagian daripada pengguna di 21 kawasan lagi di Hulu Langat membabitkan 18,538 akaun pengguna dan di 55 kawasan di Kuala Lumpur dengan 50,578 akaun pengguna.

Katanya, kesemua kawasan pengguna itu mendapat bekalan air terawat daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat melalui Kolam Simpanan Air Cheras High Level bagi kawasan yang terjejas di Hulu Langat dan Kolam Simpanan Air Pudu Ulu bagi kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur.

"Walaupun Loji Rawatan Bekalan Air Sungai Langat beroperasi pada tahap kapasiti maksimum, ia masih tidak dapat menampung permintaan air yang terus meningkat. Ini telah menyebabkan ketidakstabilan paras kolam air tersebut yang menyusut dengan pantas sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Pengeluaran purata air terawat dari loji rawatan air ini adalah sebanyak 465.52 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding dengan kapasiti rekabentuknya iaitu 386 JLH. Oleh yang demikian, loji rawatan air ini telah beroperasi secara maksimum, melebihi kapasiti rekabentuk (overload) sehingga 120.6 peratus dan pengeluarannya tidak dapat lagi dipertingkatkan.

"Berikutan situasi ini, paras Kolam Simpanan Air Cheras High Level dan Kolam Simpanan Air Pudu Ulu masih mengalami kesukaran untuk pulih seperti sedia kala," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara kawasan yang dikenal pasti terbabit adalah seperti berikut:

HULU LANGAT

1. Pinggiran Delima 12 Taman Taming Jaya

2. Taman Wawasan 13 Kawasan Perindustrian Balakong

3. Sungai Long Seksyen 6,7 & 8 14 Taman Industri Selesa Jaya

4. Taman Juara Jaya 15 Taman Industri Balakong

5. Taman Bukit Belimbing 16 Taman Taming Permai

6. Taman Sungai Besi Indah 1,2& 3 17 Taman Industri Lifong

7. Taman Harmoni Indah 18 Taman Tanming Ria

8. Taman Puncak Utama 19 Taman Sungai Besi Indah Zon 1

9. Taman Putra Budiman 20 Juta Mines Kondominium

10. Taman Balakong Jaya 21 Bluewater Estate

11. Taman Sri Timah

KUALA LUMPUR

1. Taman Tynton View 29 Jalan Robson

2. Taman Mutiara 30 Taman Seputeh

3. Taman Supreme Jaya 31 Taman Bkt Seputeh

4. Taman Bukit Hijau 32 Taman Seputeh Heigh

5. Taman Connaught 33 Kl Sentral

6. Desa Tun Razak 34 Brickfield

7. Bandar Tun Razak 35 Wisma Putra

8. Taman Jaya 36 Taman Cheras Utama

9. Taman Mulia 37 Taman Pandan Perdana

10. TUDM Sungai Besi 38 Kampung Cheras Baru

11. Jalan Lapangan Terbang 39 Taman Muda

12. Jalan Lapangan Terbang Lama 40 Taman Mestika

13. Jalan Sungai Besi 41 Taman Teratai

14. Jalan Chan Sow Lin 42 Taman Saga

15. Separuh Kawasan Sg. Besi 43 Taman Melur

16. Kampung Batu Kong 44 Taman Seraya

17. Jalan Wisma Putra 45 Taman Mega Jaya

18. Jalan Syed Putra 46 Taman Bkt Permai

19. Jalan Belamy 47 Taman Kencana

20. Jalan Bukit Petaling 48 Taman Pandan Indah

21. Jaaln Kerayon 49 Taman Pandan Komersial

22. Dewan Pustaka Dan Bahas 50 Taman Maju Jaya

23. Wisma Perwira 51 Taman Cheras Indah

24. Gapena 52 Taman Mawar

25. Jalan San Peng 53 Taman Putra

26. Dataran F&N 54 Taman Pandan Mewah

27. Persiaran Syed Putra 55 Taman Lembah Maju

28. Persiaran Putra

Berita Harian X