Jumaat, 12 Jun 2015 | 6:13pm

Sistem amaran palsu sebabkan pesawat MAS mendarat cemas

PESAWAT Penerbangan Malaysia (MAS) MH148 di lapangan terbang Melbourne. - Foto EPA
PESAWAT Penerbangan Malaysia (MAS) MH148 di lapangan terbang Melbourne. - Foto EPA

MELBOURNE: Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Melbourne setelah menerima amaran palsu daripada sistemnya mengenai kebakaran di bahagian enjin.

Seorang jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu ABC News bahawa pemeriksaan yang dilakukan terhadap pesawat jenis Airbus 330 itu tidak menemui bukti ia mengalami sebarang kebakaran.

Katanya, ketika dalam penerbangan, sistem pesawat itu menunjukkan berlaku kebakaran di bahagian enjinnya.

Penerbangan MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu membawa kira-kira 300 penumpang dan anak kapal.

Seorang jurucakap bomba berkata, pesawat itu membuang bahan bakarnya sebelum melakukan pendaratan kecemasan pada kira-kira jam 3 petang. - BERNAMA

Berita Harian X