Jumaat, 15 Mei 2015 | 8:46pm

Tugas murni guru tunjang utama generasi cemerlang - Najib

UCAPAN Hari Guru di NajibRazak.com
UCAPAN Hari Guru di NajibRazak.com

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata tugas murni guru masih menjadi tunjang utama dalam memastikan generasi kini dan akan datang menjadi insan cemerlang dan mampu meneruskan perjuangan memimpin negara.

Katanya, penat lelah, jerih payah para guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk pelajar mereka.

"Saya masih ingat waktu saya belajar dahulu, guru-guru saya pada ketika itu sangat berdedikasi. Walaupun mereka tegas, namun dalam ketegasan itu terselit rasa kasih dan sayang.

"Alhamdulillah, saya berada di mana saya berada sekarang berkat hasil didikan mereka," katanya dalam Ucapan Hari Guru bersempena Hari Guru yang disambut esok, di dalam blognya NajibRazak.com hari ini.

Najib berkata, Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para guru mendidik pelajar-pelajarnya.

"Jasa guru tidak mungkin dilupakan, dan bagi diri saya sendiri serta semua rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan Terima Kasih Cikgu, dan Selamat Hari Guru," katanya.

- BERNAMA

Berita Harian X