Sabtu, 11 April 2015 | 10:38am

Gadis maut ditikam bekas teman lelaki

KLUANG: Seorang gadis mati selepas ditikam duengan pisau dipercayai dilakukan oleh bekas teman lelakinya di kawasan meletak kenderaan di hadapan sebuah pasar raya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari, berkata mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.

"Polis sudah mengenal pasti suspek dan kini sedang memburu lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Berita Harian X