Ahad, 15 March 2015 | 8:52pm
PANGLIMA Armada RSN Rear Admiral Lai Chung Han (kanan) dan Panglima Operasi Armada RMN Vice Admiral Dato' Wira Jamil Bin Hj Osman hadir pada majlis pembukaan latihan tersebut di Changi Naval Base (CNB). - Foto ihsan http://teknologipertahanantentera.blogspot.com/

TLDM, RSN akhiri latihan Malapura

SINGAPURA: Tentera Laut Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamatkan Latihan Malapura dari 4 Mac hingga hari ini.

Latihan yang diadakan sejak 1984, kali ini disertai kira-kira 600 anggota kedua-dua pasukan.

Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan menyatakan latihan dihoskan pihak Malaysia dengan menyaksikan perancangan dan latihan bersama diadakan di Pangkalan Tentera Laut Changi dan peperangan konvensional di Selat Melaka.

RSN menyertakan sebuah frigat (RSS Stalwart), korvet peluru berpandu (RSS Victory), sebuah kapal peronda (RSS Sovereignty) dan helikopter Sikorsky S-70B Seahawk.

TLDM pula menghantar sebuah frigat (KD Jebat), sebuah korvet (KD Lekir), sebuah kapal peronda (KD Kelantan) dan sebuah helikopter Super Lynx.

Panglima Armada RSN, Kolonel Lew Chuen Hong dan Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli turut hadir pada upacara penutup di Pusat Taktikal Maritim Pangkalan TLDM Lumut.

- BERNAMA

Berita Harian X