Jumaat, 30 Januari 2015 | 12:01pm

Kerajaan pastikan kaum India terus maju, lindungi bahasa, budaya - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat buku persidangan bersama Pengerusi Persidangan, Datuk Seri S Samy Vellu sempena Majlis Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil Ke-9 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan masyarakat India Malaysia akan terus maju dan pada masa sama melindungi bahasa dan kebudayaan mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata masyarakat India Malaysia telah banyak menyumbang terhadap kemajuan negara ini dan mereka turut maju seiring dengan kemajuan negara ini.

"Masyarakat India Malaysia adalah anak-anak bumi ini. Kerajaan sentiasa memastikan ia menjalankan tanggungjawabnya dalam menjamin kesejahteraan semua warganegaranya," katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil Ke-9 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan sentiasa memperjuangkan dasar pelbagai kebudayaan dan pelbagai bahasa di Malaysia.

"Kami berterusan menggalakkan penggunaan bahasa ibunda terutama dalam sistem pendidikan, dan memberikan semua bantuan yang diperlukan kepada pelbagai kumpulan etnik bagi memastikan bahasa mereka diamalkan dan dipelihara," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X