Isnin, 12 Januari 2015 | 6:02pm

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya digantung sementara

KUALA LUMPUR: Rapid KL menggantung sementara perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi Aliran Kelana Jaya selepas serpihan kayu dari tapak pembinaan berhampiran jatuh di atas landasan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kejadian itu yang berlaku berhampiran Stesen Kerinchi telah menyebabkan kerosakan pada landasan serta sistem isyarat LRT.

Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL dan sementara itu, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan alternatif pengangkutan awam lain.

Rapid KL berkata kerja pembaikan dijangka selesai 9 malam ini. - BERNAMA

Berita Harian X