Ahad, 11 Januari 2015 | 7:28pm

DRB-HICOM, Yayasan Albukhary sumbang RM5 juta bantu mangsa banjir

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menerima replika cek bernilai RM5 juta daripada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil bagi membantu Misi Bantuan Kemanusiaan Yayasan Albukhary dan DRB-Hicom sempena banjir di Pantai Timur di Gleanmarie Golf and Country Club di sini, hari ini. - Foto Sairien Nafis

SHAH ALAM: DRB Hicom Berhad (DRB-Hicom) dan Yayasan Albukhary hari ini menghulur sumbangan berjumlah RM5 juta serta pakaian dan peralatan keperluan asas untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Cek sumbangan itu diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil pada satu majlis di sini.

Turut hadir di majlis itu Presiden Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG), Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Khamil berkata sumbangan itu lebih memfokus kepada bantuan pasca banjir untuk mangsa membina kehidupan baharu setelah harta benda mereka musnah dalam bencana itu.

"Kita turut menyediakan kira-kira 20,000 unit kelengkapan asas persekolahan seperti uniform, kasut, beg dan alat tulis selain peralatan memasak seperti dapur, gas memasak serta bahan makanan kepada keluarga yang terjejas," katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menerima replika cek bernilai RM5 juta daripada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil bagi membantu Misi Bantuan Kemanusiaan Yayasan Albukhary dan DRB-Hicom sempena banjir di Pantai Timur di Gleanmarie Golf and Country Club di sini, hari ini. Turut hadir Presiden TSM Charity Golf, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (dua dari kanan) dan Pengerusi TSM DRB Friendly Golf, Jamil Haron (kanan). - Foto Sairien Nafis

Terdahulu, Mohd Khamil serta Ketua Pegawai Operasi dan Harta DRB-Hicom Datuk Mohamed Razeek Md Hussain menandatangani perjanjian penajaan dua tahun antara syarikat itu dengan Yayasan TSMCG yang diwakili Anggota Lembaga Pemegang Amanahnya, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Tan Sri Abd Rahim Mohamad.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Muhyiddin dan Mohd Effendi.

Menerusi perjanjian itu, DRB-Hicom akan menyumbang RM2 juta yang dilihat sebagai peluang usaha sama kedua-dua pihak untuk terus membangunkan sukan golf di negara ini.

Tambah Mohd Khamil, TSMCG juga merupakan platform terbaik mencungkil bakat muda dalam sukan itu di samping mengasah bakat sedia ada untuk mengorak langkah ke peringkat antarabangsa. - BERNAMA

Berita Harian X