Rabu, 17 Disember 2014 | 7:10pm

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Selatan, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Sumatera Selatan, Indonesia pada jam 2.10 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 222 km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 679 km barat daya Pontian, Johor.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami, katanya. - BERNAMA

Berita Harian X