Rabu, 10 Disember 2014 | 10:04am

Najib-Presiden Korea Selatan adakan rundingan dua hala

Daripada Ahmad Naim Tahir di Korea Selatan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye ketika hadir di Istana Presiden, di Rumah Biru, Seoul jam 10.30 pagi ini. - Foto EPA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye ketika hadir di Istana Presiden, di Rumah Biru, Seoul jam 10.30 pagi ini. - Foto EPA

SEOUL: Datuk Seri Najib Razak mengetuai delegasi Malaysia mengadakan rundingan dua hala dengan Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye di sini, pagi ini.

Perdana Menteri bersama sembilan anggota delegasi sebelum itu tiba di Istana Presiden, di Rumah Biru jam 10.30 pagi dengan disambut oleh Geun-Hye.

Najib yang dalam rangka lawatan rasmi ke Korea Selatan sehingga Jumaat ini kemudian menandatangani buku tetamu sebelum menghadiri mesyuarat dua hala.

Mesyuarat dijangka mengambil masa kira-kira satu jam sebelum disusuli dengan jamuan tengah hari.

Berita Harian X