Sabtu, 15 November 2014 | 3:14pm
ANGGOTA penyelamat mencari tiga lagi nelayan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Perhentian. - Foto Mohammad Ishak
ANGGOTA penyelamat mencari tiga lagi nelayan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Perhentian. - Foto Mohammad Ishak

Cuaca buruk sukarkan usaha mencari 3 nelayan hilang di Pulau Perhentian

ANGGOTA penyelamat mencari tiga lagi nelayan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Perhentian. - Foto Mohammad Ishak
ANGGOTA penyelamat mencari tiga lagi nelayan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Perhentian. - Foto Mohammad Ishak

BESUT: Cuaca buruk sejak beberapa hari lalu menyebabkan usaha pihak penyelamat mencari tiga lagi nelayan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Perhentian semakin sukar dan masih belum berhasil sehingga kini.

Seorang daripada nelayan terbabit ialah, Ali Majid, 59, dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut, yang dilaporkan hilang pada 6 November lalu ketika memancing seorang diri di perairan berkenaan.

Manakala dua lagi nelayan yang belum ditemui ialah, Chai, 38, dan Sat, 37, warga negara Thailand, dilaporkan hilang bersama enam rakan lain apabila bot mereka karam di perairan sama pada Rabu lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan, berkata empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam di perairan Pulau Perhentian, dekat sini, Rabu lalu, berjaya ditemui kira-kira jam 9 malam semalam.

DATUK Seri Idris Jusoh (tiga dari kanan) menziarahi keluarga Ali di Kampung Pengkalan Atap di Kuala Besut. - Foto Mohammad Ishak
DATUK Seri Idris Jusoh (tiga dari kanan) menziarahi keluarga Ali di Kampung Pengkalan Atap di Kuala Besut. - Foto Mohammad Ishak

Semua mangsa yang juga warga Thailand berusia antara 25 hingga 52 tahun ditemui dalam keadaan selamat oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Perhentian.

Sementara itu, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang menziarah keluarga Ali di Kampung Pengkalan Atap di sini, turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut juga menasihatkan semua nelayan negeri ini tidak keluar ke laut kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Berita Harian X