Sabtu, 15 November 2014 | 11:20am

Gempa kuat 7.3 magnitud gegar Maluku, amaran tsunami dikeluarkan

GEMPA bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, hari ini dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami. Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa berkenaan berpotensi menyebabkan tsunami di sepanjang pantai kepulauan berkenaan. - Foto USGS

JAKARTA: Gempa bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa berkenaan berpotensi menyebabkan tsunami di sepanjang pantai kepulauan berkenaan.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa pada jam 10.31 pagi waktu tempatan Indonesia itu berpusat di 154 kilometer di barat daya Kota Ternate di kedalaman 47 kilometer.

Setakat ini tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.

PENDUDUK di bandar Manado keluar dari bangunan selepas gempa bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, hari ini. - Foto AFP
PENDUDUK di bandar Manado keluar dari bangunan selepas gempa bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, hari ini. - Foto AFP

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang tsunami boleh melanda sebahagian Indonesia, termasuk Filipina, Jepun, Taiwan dan kepulauan Pasifik Selatan.

"Ombak tsunami kemungkinan melanda pantai dalam jarak 300 kilometer dari pusat gegaran. Ombak tsunami antara 30 sentimeter (12 inci) dan satu meter dijangka melanda sebahagian Indonesia, manakala ombak bawah 30 sentimeter diramal di pesisir pantai Filipina," kata pusat itu.

"Kami sudah mengeluarkan amaran awal tsunami," kata pegawai dari Agensi Meteorologi Indonesia. - AP/AFP

Berita Harian X