Ahad, 2 November 2014 | 11:29am

Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Fiji

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda wilayah Kepulauan Fiji, awal hari ini, demikian dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa gempa itu, yang berpusat di 438 kilometer dari tenggara Laucala, Fiji, berlaku pada 2.57 pagi.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Harian X