Jumaat, 31 Oktober 2014 | 11:27am

Bil tertunggak: SYABAS mula operasi pemotongan bekalan esok

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menasihatkan pengguna di Lembah Klang dan Selangor agar segera menjelaskan bayaran bil air tertunggak berikutan operasi pemotongan bekalan akan dijalankan sepanjang November ini.

Operasi bermula esok meliputi semua kawasan termasuk Wilayah Hulu Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sepang dan Sabak Bernam.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata bagi pemasangan semula perkhidmatan, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM35 dan penyambungan semula RM35 seperti diwartakan di bawah Enakmen Pembekalan Air 1977.

"Pengguna boleh membuat bayaran di 11 kaunter pejabat wilayah SYABAS dan agensi sah yang dilantik termasuk di 15 cawangan bank serta perbankan internet terpilih dan 11 kaunter bayaran bukan bank seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Telekom Malaysia Bhd (TM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut berhubung operasi ini hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222. - Oleh Sarah Sulaiman

INFO:

Pejabat Kaunter Bayaran SYABAS

1. SYABAS Kuala Lumpur, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur

2. SYABAS Gombak, Bandar Baru Selayang

3. SYABAS Petaling, Jalan Templer, Petaling Jaya

4. SYABAS Klang, Jalan Kota, Klang

5. SYABAS Hulu Langat, Jalan Semenyih, Kajang

6. SYABAS Kuala Langat, Telok Datok, Banting

7. SYABAS Hulu Selangor, Bangunan Perpustakaan, Jalan Syed Mashor, Kuala Kubu Bahru

8. SYABAS Kuala Selangor, Jalan Kelang, Kuala Selangor

9. SYABAS Sabak Bernam, Jalan Besar, Sungai Besar

10. SYABAS Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang

11. SYABAS Wisma Goshen, Tingkat bawah, Plaza Pantai, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

Bank Kemudahan ditawarkan

1. Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) HSBC Bank Malaysia Berhad, perbankan telefon, perbankan internet, perbankan Melalui Telefon Secara Automatik (ATB) dan perbankan Melalui Telefon Secara Individu (PTB)

2. Public Bank Berhad (ATM), perbankan internet, perbankan Telefon dan Mesin Deposit Tunai (CDM)

3. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd dan kaunter bayaran

4. RHB Bank Berhad (ATM) dan perbankan internet

5. CIMB Bank Berhad (ATM), perbankan internet, Arahan Terus (SI), CDM dan Perkhidmatan Bayaran Terus Kad Kredit

6. Maybank Berhad (ATM), perbankan internet-i, perbankan ATB, perbankan PTB, Perbankan Telefon (Kawanku)

7. AGRO Bank (ATM) dan kaunter bayaran

8. MBf Cards Services Sdn Bhd (Perbankan Internet), perbankan telefon dan kaunter pembayaran tunai

9. AmBank (M) Berhad (ATM), kaunter bayaran, perbankan internet dan telefon

10. Hong Leong Bank Berhad (ATM), perbankan internet dan telefon

11. Bank Islam Malaysia Berhad (ATM) dan perbankan internet

12. Affin Bank Berhad (perbankan internet)

13. Kuwait Finance House (M) Bhd (perbankan internet)

14. UOB Bank (perbankan internet) dan arahan Auto Debit

15. Bank Muamalat (perbankan internet)

Kaunter Bayaran (Bukan Bank)

1. Tenaga Nasional Bhd (TNB)

2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

3. Telekom Malaysia Berhad (TM)

4. Majlis Perbandaran Klang (MPK)

5. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

6. POS Malaysia Berhad (Perbankan Internet - POS online, Terminal Layan Diri POS)

7. Mobile Money SMS

8. AEON Credit Services (Perbankan Internet) dan Kaunter servis AEON Credit

9. I-Serve Kios

10. Paylink Global Kios

11. Mobilityone Sdn Bhd (Kedai-kedai terpilih melalui EDC Terminal)

Berita Harian X