Jumaat, 10 Oktober 2014 | 3:39pm

5 maut kereta terbabas sebelum rempuh pokok di Pasir Gudang

KEADAAN kereta yang terbabas merempuh pokok menyebabkan lima maut di Pasir Gudang, sebentar tadi. - Foto ihsan Bomba
KEADAAN kereta yang terbabas merempuh pokok menyebabkan lima maut di Pasir Gudang, sebentar tadi. - Foto ihsan Bomba

PASIR GUDANG: Lima orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Rinting, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, kereta yang dinaiki semua mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pokok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan identiti semua mayat sedang dikenal pasti.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat.

Berita Harian X