Khamis, 11 September 2014 | 7:44am
ANTARA pelajar Malaysia yang terkandas di Awantipora berikutan banjir buruk yang melanda kawasan tersebut tiba di KLIA2 dari New Delhi, India. - Foto Mohd Fadli Hamzah
ANTARA pelajar Malaysia yang terkandas di Awantipora berikutan banjir buruk yang melanda kawasan tersebut tiba di KLIA2 dari New Delhi, India. - Foto Mohd Fadli Hamzah

11 pelajar Malaysia terselamat daripada banjir di India tiba di klia2

PELAJAR Malaysia yang terkandas di Awantipora, Norhayati Nasir, 22 memeluk ibunya Noraini Abdullah, 53 ketika tiba di KLIA2 dari New Delhi, India berikutan banjir buruk yang melanda kawasan tersebut. - Foto Mohd Fadli Hamzah

SEPANG: Seramai 11 pelajar Malaysia yang terselamat daripada banjir di Jammu dan Kashmir tiba di tanah air pada jam 6.08 pagi tadi.

Mereka yang juga pelajar dari Kampus Perubatan Manipal, Karnataka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari New Delhi dengan pesawat Malindo Air OD0206.

Minggu lalu, pelajar berkenaan terkandas selama empat hari di Awantipora ketika cuba meninggalkan Pahalgam.

Awantipora terletak 30 kilometer dari Srinagar iaitu ibu negeri Jammu dan Kashmir, kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan 700,000 mangsa masih terkandas dan menunggu untuk diselamatkan.

Berita Harian X