Isnin, 8 September 2014 | 7:39pm

Kementerian Luar sahkan 29 pelajar terperangkap akibat banjir di India

KUALA LUMPUR : Seramai 29 pelajar Malaysia yang sedang bercuti di Jammu dan Kashmir, India dilaporkan terperangkap di negara itu berikutan banjir teruk, khususnya di bandar Srinagar dan Pahalgam.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Wisma Putra memaklumkan mereka adalah terdiri daripada pelajar perubatan dari Universiti Perubatan Manipal di Karnataka.

"Pelajar berkenaan terbahagi kepada dua kumpulan. 10 pelajar perempuan dilaporkan terperangkap di Pahalgam, dan masih tidak dapat dihubungi Konsulat Malaysia. Manakala, 19 pelajar lagi terperangkap di sebuah hotel di Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir," katanya, di sini.

Konsulat Malaysia di Chennai yang dihubungi Wisma Putra pula memaklumkan pelajar berkenaan hanya boleh dihubungi menerusi Facebook memandangkan terdapat gangguan terhadap sistem komunikasi dan perhubungan.

Berita Harian X