Isnin, 1 September 2014 | 11:35am

Sky Dome Langkawi dilancar hari ini

PENGUNJUNG teruja menonton tayangan video 3D dalam Skydome di Oriental Village, Langkawi. - Foto Hamzah Osman
PENGUNJUNG teruja menonton tayangan video 3D dalam Skydome di Oriental Village, Langkawi. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI : Tarikan pelancongan baharu bernilai RM1.53 juta, Sky Dome, yang menawarkan keseronokan tontonan animasi pada sudut keluasan 360 darjah di pulau peranginan ini dilancarkan secara rasmi, pagi tadi.

Sky Dome yang mula beroperasi sejak pertengahan Julai lalu adalah kubah penuh luar yang pertama di Malaysia dan Asia. Ia turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

BANGUNAN Skydome yang tersergam di Oriental Village, Langkawi. - Foto Hamzah Osman
BANGUNAN Skydome yang tersergam di Oriental Village, Langkawi. - Foto Hamzah Osman

Pelancaran produk yang dibangunkan anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) diadakan di perkarangan Oriental Village disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Penasihat LADA.

Yang turut hadir dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli; Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi, Mohd Ali Makkit dan Pengasas MBOR, Tan Sri Danny Ooi

Dalam majlis itu juga, Dr Mahathir turut menyampaikan sijil pengiktirafan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) kepada enam produk pelancongan di Langkawi.

MyTQA adalah inisiatif di bawah Blueprint Pelancongan Langkawi oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pelancongan tempatan.

Berita Harian X