Khamis, 30 Mei 2024 | 9:49am
Sebuah kereta terbakar selepas kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan di Kulai malam tadi. - Foto Bomba
Sebuah kereta terbakar selepas kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan di Kulai malam tadi. - Foto Bomba

Lelaki rentung dalam Myvi terbakar akibat kemalangan

KULAI: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran kereta selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.24 malam. Anggota Bomba tiba di lokasi kejadian 11.53 malam.

Katanya, seorang pemandu terperangkap dalam Myvi yang terbakar susulan kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu lori treler membawa muatan tanah dan sebuah Proton Iswara.

"Mangsa lain berkata dikeluarkan orang awam sebelum anggota Bomba tiba di lokasi kejadian.

"Mangsa yang rentung dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota Bomba menyelamatkan mangsa sebuah Myvi yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan di Kulai malam tadi. - Foto Bomba
Anggota Bomba menyelamatkan mangsa sebuah Myvi yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan di Kulai malam tadi. - Foto Bomba

Identiti lelaki yang rentung belum dikenal pasti manakala seorang penumpang perempuan dewasa berusia 32 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun menaiki Perodua Myvi berkenaan cedera.

Dua lelaki dewasa berusia 18 dan 22 tahun yang menaiki Proton Iswara cedera manakala seorang lelaki berusia 33 tahun iaitu pemandu treler tidak cedera.

Berita Harian X