Rabu, 22 Mei 2024 | 5:14pm
Anggota bomba memadam kebakaran kilang pemprosesan bot gentian kaca di Sandakan, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA
Anggota bomba memadam kebakaran kilang pemprosesan bot gentian kaca di Sandakan, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

Kilang terbakar, 10 bot laju musnah

SANDAKAN: Sebanyak 10 bot laju musnah dalam kebakaran kilang pemprosesan gentian kaca di Batu 8, Jalan Labuk, di sini, hari ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.20 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus Sainkui bersama 27 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah kilang pemprosesan gentian kaca jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

"Turut musnah 10 buah bot laju," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran, enam pancutan dari sumber jentera serta 10 tong busa.

"Operasi terkawal pada jam 11.25 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terbabit.

"Operasi ditamatkan pada jam 3.30 petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba," katanya.

Berita Harian X