Rabu, 1 Mei 2024 | 11:40am

Pegawai kanan KADA ditahan SPRM dipercayai buat tuntutan palsu

KOTA BHARU: Seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan jam 9.30 malam tadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM.

"Lelaki terbabit dikatakan membuat beberapa tuntutan palsu pada tahun lalu dan tahun ini berkaitan dengan program KADA.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, lelaki terbabit direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019.

Berita Harian X