Selasa, 30 April 2024 | 10:05pm
Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Jalan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Jalan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto Ihsan Bomba

Wanita sesak nafas, tiga rumah musnah terbakar

KOTA KINABALU: Seorang wanita mengalami sesak nafas dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Jalan Teluk Sepanggar, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 44 tahun itu kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 6.05 petang.

"Kebakaran membabitkan tiga rumah jenis separuh kekal terbakar 100 peratus.

"Operasi pemadaman menggunakan tiga aliran, tiga pancutan dari jentera bomba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) manakala dua aliran, empat pancutan dari dua jentera bomba," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran masih disiasat.

Berita Harian X