Ahad, 21 April 2024 | 6:32pm
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lima kelas di tingkat tiga SK Laka Selatan, Changlun. Foto IHSAN BOMBA
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lima kelas di tingkat tiga SK Laka Selatan, Changlun. Foto IHSAN BOMBA

Lima kelas hampir musnah dalam kebakaran

CHANGLUN: Lima kelas di tingkat atas Sekolah Kebangsaan (SK) Laka Selatan di sini, hampir musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketika kejadian, semua murid pulang ke rumah dan kebakaran disedari pengawal sekolah sebelum menghubungi pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 3.09 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhammad Al Amin Abu Bakar, bergegas ke lokasi bersama 10 anggota, sebuah jentera, jentera EMRS dan sebuah jentera tangki air.

Antara kesan kebakaran lima kelas SK Laka Selatan, Changlun. - Foto IHSAN BOMBA
Antara kesan kebakaran lima kelas SK Laka Selatan, Changlun. - Foto IHSAN BOMBA

"Kebakaran membabitkan lima kelas di tingkat tiga bangunan sekolah terbabit sebelum merebak ke bumbung, namun anggota bomba berjaya mengawal api pada jam 3.40 petang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkifli berkata, kebakaran membabitkan kemusnahan 70 peratus merangkumi lima kelas manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Berita Harian X