Sabtu, 20 April 2024 | 2:34pm
Sebahagian daripada 2.8 tan keratan ayam sejuk beku yang dirampas MAQIS di pintu masuk Kompeks ICQ Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu. - Foto NSTP/ Ihsan MAQIS
Sebahagian daripada 2.8 tan keratan ayam sejuk beku yang dirampas MAQIS di pintu masuk Kompeks ICQ Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu. - Foto NSTP/ Ihsan MAQIS

Sijil halal meragukan, MAQIS rampas 2.8 tan ayam dari negara jiran

ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas lebih 2.8 tan keratan ayam sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM22,560 dari negara jiran Isnin lalu.

Pengarah MAQIS Kedah, Hisham Abu Bakar, berkata rampasan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori kontena di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira 9.30 malam selepas mendapati terdapat perkara meragukan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak 235 kotak seberat 2,820 kilogram (2.8 tan) keratan ayam

sejuk beku yang diisytiharkan adalah tidak tepat dan mengelirukan kerana mempunyai tarikh luput yang berlainan dengan sijil halal yang diisytiharkan.

"Kesemua barangan itu kemudiannya dirampas dan ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan, katanya, pelaku boleh dipenjara tidak melebihi enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Berita Harian X