Ahad, 14 April 2024 | 3:43pm
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat lima sekeluarga selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dalam gaung sedalam 40 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, hari ini. - Foto ihsan Bomba
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat lima sekeluarga selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dalam gaung sedalam 40 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, hari ini. - Foto ihsan Bomba

Berpantang maut sebelum ajal, 5 sekeluarga selamat kereta jatuh gaung

HULU SELANGOR: Lima sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dalam gaung sedalam 40 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Mangsa membabitkan suami isteri masing-masing berusia 35 dan 32 tahun serta tiga anak perempuan berusia enam, lapan dan 14 tahun dilaporkan cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata nahas membabitkan sebuah kereta Proton Satria.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.41 pagi tadi dan sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Semua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Harian X