Khamis, 4 April 2024 | 6:59pm
Anggota bomba menurunkan lelaki Orang Asli yang meninggal di atas pokok di Kampung Limau , Pos Betau, hari ini. - Foto Ihsan BBP Sungai Koyan
Anggota bomba menurunkan lelaki Orang Asli yang meninggal di atas pokok di Kampung Limau , Pos Betau, hari ini. - Foto Ihsan BBP Sungai Koyan

Lelaki Orang Asli maut tersangkut 4 meter atas pokok

LIPIS: Lelaki Orang Asli berusia 81 tahun ditemui maut dalam keadaan tersangkut pada pokok setinggi kira-kira empat meter di di Kampung Limau, Pos Betau, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi memaksa penduduk menghubungi pihak bomba untuk membantu menurunkan mayat warga emas dikenali Koyok Abdullah itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan, Shahril Safri berkata enam anggota bersama jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 9.15 pagi.

"Ketika pasukan tiba, mangsa telah meninggal dunia di atas pokok dan anggota kami menggunakan tali untuk menurunkan mayat yang tersangkut itu," katanya.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Berita Harian X