Ahad, 17 March 2024 | 10:29pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Kelar bayi: Polis sahkan punca kematian, jenazah sudah dituntut keluarga

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan di Taman Cahaya Masai, semalam akibat luka kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata jenazah bayi lelaki itu sudah dituntut bapanya pada jam 3.30 petang tadi untuk urusan pengebumian.

"Bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) mengesahkan kematian akibat luka kelar di leher.

"Mangsa maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut memaklumkan sudah memanggil jiran suspek untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Berita Harian X