Selasa, 12 March 2024 | 3:32pm
Anggota BBP Sik memadam kebakaran di kawasan seluas 10 hektar di Hutan Simpan Chepar Besar di Sik. - Foto ihsan Bomba
Anggota BBP Sik memadam kebakaran di kawasan seluas 10 hektar di Hutan Simpan Chepar Besar di Sik. - Foto ihsan Bomba

3 jam bomba, renjer padam kebakaran di hutan simpan di Sik

SIK: Sepasukan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Chebar Besar, di sini hari ini.

Malah, pihak bomba yang menerima panggilan jam 9 pagi terpaksa mendaki bukit dengan ketinggian kira-kira 500 meter untuk memadamkan api di kawasan seluas kira-kira 10 hektar yang terbakar.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

"Cuaca panas dan angin kencang ketika ini boleh menyebabkan api merebak lebih besar dan kami menggunakan pemerap api serta peralatan khas 'jet shooter' untuk mengawal kebakaran.

"Hutan simpan ini mempunyai keluasan 266.50 hektar dan operasi memadam kebakaran tamat jam 1 petang, namun akan terus dipantau dari semasa ke semasa," katanya.

Operasi turut disertai lima anggota Renjer Hutan Padang Terap," katanya.

Berita Harian X