Selasa, 5 March 2024 | 11:26am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Warga China maut, dua rakan parah kemalangan di Cheras

KUALA LUMPUR: Seorang warga China maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan jalan raya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata wanita berkenaan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Katanya, kenderaan jenis Honda HRV yang dinaiki semua mangsa warga China berusia 30an itu dilaporkan terbabas selepas hilang kawalan ketika dalam pemanduan.

"Sebuah jentera dikerah ke lokasi sejurus terima panggilan jam 5.13 pagi. Seorang mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi parah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X