Khamis, 29 Februari 2024 | 8:31am
Kebakaran sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Lebai Man, Sungai Petani awal pagi tadi. Foto Bomba
Kebakaran sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Lebai Man, Sungai Petani awal pagi tadi. Foto Bomba

Rumah, bengkel baiki kenderaan musnah terbakar

SUNGAI PETANI: Sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Lebai Man, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran itu turut menyebabkan empat kereta dan tiga buah motosikal musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.06 pagi.

Sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhamad Aslan Yusof tiba di lokasi bersama 12 anggota untuk memadam kebakaran.

"Operasi turut dibantu enam anggota dari BBP Aman Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah dan bengkel berkenaan ketika kejadian.

Berita Harian X