Isnin, 19 Februari 2024 | 9:32pm
 Gambar hiasan
Gambar hiasan

Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas

KUANTAN: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini, semalam, ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintedan Azman Mat Kamis, berkata mayat mangsa, Ali Mustaqim Rizman, ditemukan pada jam 3.05 petang tadi pada kedalaman 18 meter dan kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan dihanyutkan arus deras.

"Mangsa ke sungai itu bersama lima rakannya untuk mandi pada jam 3.20 petang semalam sebelum dia dikatakan menjerit meminta tolong sekitar 20 minit kemudian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut dan bedah siasat mengesahkan kematian anak bongsu daripada dua beradik itu akibat lemas.

– BERNAMA

Berita Harian X