Isnin, 12 Februari 2024 | 8:49am

Lima unit rumah Flat Sri Sabah musnah

KUALA LUMPUR: Bomba mengesahkan lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah, Taman Kobena, Cheras di sini musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Satu lagi unit kediaman yang terletak di tingkat berkenaan berjaya diselamatkan manakala lima unit kediaman yang terjejas mengalami kerosakan antara 85 hingga 97 peratus.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafizan Hassan, memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu.

Bagaimanapun, katanya terdapat seorang wanita warga emas berusia 62 tahun mengalami sesak nafas namun keadaannya dilaporkan stabil.

Terdahulu, katanya Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima laporan mengenai kebakaran itu pada jam 9.19 malam dan mengerahkan pasukan bomba daripada lima balai bomba berhampiran ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Penduduk berkumpul di kawasan lapang berikutan faktor keselamatan semasa beberapa unit rumah pangsapuri terlibat dalam kejadian kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah malam tadi. - Foto BERNAMA

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba semasa beberapa unit rumah pangsapuri terlibat dalam kejadian kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Sri Hartamas dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bintang, PBS Desa Petaling dan PBS Gombak.

"Jentera yang terlibat adalah tiga Fire Rescue Tender (FRT), satu Light Fire Rescue Tender (LFRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu Water Tanker, tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM), dua jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dengan kekuatan 47 anggota," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, setiap rumah yang terjejas dalam kebakaran itu berkeluasan 800 kaki persegi.

"Pasukan bomba melakukan tindakan pemadaman kebakaran melalui laluan tangga menggunakan teknik 'relay pumping'.

"Selain itu, pasukan pemadam menggunakan teknik 'offensive' dan 'defensive' untuk mengawal kebakaran daripada merebak," katanya.

Mohd Hafizan berkata anggota bomba turut melakukan pengungsian bangunan bagi memastikan semua mangsa selamat.

Api berjaya dipadamkan pada jam 11.22 malam dan buat masa ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian.

Kejadian kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA
Kejadian kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA

Penduduk berkumpul di kawasan lapang berikutan faktor keselamatan semasa beberapa unit rumah pangsapuri terlibat dalam kejadian kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, malam tadi. - Foto BERNAMA

Beberapa unit rumah pangsapuri yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah ketika tinjauan FotoBernama malam tadi. - Foto BERNAMA
Beberapa unit rumah pangsapuri yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah ketika tinjauan FotoBernama malam tadi. - Foto BERNAMA
Berita Harian X