Jumaat, 9 Februari 2024 | 10:03am
Bengkel di Jalan Miri, Taman Beringin, Jinjang musnah dalam kebakaran pagi ini. - Foto ihsan bomba
Bengkel di Jalan Miri, Taman Beringin, Jinjang musnah dalam kebakaran pagi ini. - Foto ihsan bomba

Bengkel kereta di Jinjang terbakar

KUALA LUMPUR: Bengkel di Jalan Miri, Taman Beringin, Jinjang di sini, musnah dalam kebakaran pagi ini.

Turut terbakar empat kereta, sebuah lori dan empat motosikal.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada 5.20 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata, seramai 25 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Manjalara dan BBP Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah bengkel kereta.

"Turut terbakar empat kereta, sebuah lori dan empat motosikal terbakar.

"Tindakan pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive untuk mengawal kebakaran daripada merebak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran membabitkan 90 peratus premis dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Berita Harian X