Jumaat, 2 Februari 2024 | 5:56pm
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh (tengah) menunjukkan pintu jeriji besi rosak akibat dirempuh oleh tahanan pada sidang media susulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Bidor, lolos, malam tadi. lalu. NSTP/Aswadi Alias

Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor ditutup sepenuhnya buat sementara

PUTRAJAYA: Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak ditutup sepenuhnya buat sementara susulan kejadian rusuhan yang 131 tahanan melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata seramai 435 tahanan yang masih berada di depoh berkenaan dipindahkan ke enam pusat tahanan lain.

Katanya, enam depoh itu antaranya di Machap, Melaka; Lenggeng, Negeri Sembilan; Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Kemayan, Pahang dan Langkap, Perak.

"Untuk makluman, Depoh Tahanan Imigresen di Bidor menempatkan seramai 556 tahanan di mana daripada jumlah itu, seramai 297 tahanan Rohingya dan paling ramai, diikuti Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain.

"Tahanan lain tidak melarikan diri, mereka kekal berada di depoh iaitu seramai 435 orang dan tindakan serta merta, pagi ini, kita memindahkan semua baki tahanan ke enam depoh imigresen kekal di tempat lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Berita Harian X