Jumaat, 2 Februari 2024 | 5:46pm
Pasukan polis memasuki Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor di mana seramai 131 tahanan warga Myanmar melarikan diri, malam tadi. NSTP/L Manimaran
Pasukan polis memasuki Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor di mana seramai 131 tahanan warga Myanmar melarikan diri, malam tadi. NSTP/L Manimaran

2,675 tahanan etnik Rohingya di 12 Depoh Tahanan Imigresen di seluruh Semenanjung akan diasingkan

PUTRAJAYA: Seramai 2,675 tahanan etnik Rohingya yang ditahan di 12 Depoh Tahanan Imigresen di seluruh Semenanjung akan diasingkan dan diletakkan dalam kumpulan yang kecil bagi mengelak mereka bertindak secara agresif.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata tindakan itu perlu dilaksanakan kerana tahanan etnik Rohingya dikesan bertukar agresif apabila mereka ditempatkan di satu depoh tahanan secara beramai-ramai.

Jelasnya, tindakan itu juga dibuat sebagai antara langkah segera dalam mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) tahanan di depoh susulan kejadian rusuhan yang membawa kepada kejadian 131 tahanan melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak malam tadi.

"Di depoh lain, tahanan etnik Rohingya ini akan diasingkan di mana kita ada 12 depoh di Semenanjung, pengasingan ini dibuat dalam blok tahanan, mereka ditempatkan (dalam kumpulan kecil) bersama tahanan warga lain di situ.

"Mereka agresif, kita tidak mahu mereka terlalu ramai dalam satu blok, kita campurkan mereka dengan warga lain supaya mereka tidak berkumpul terlalu ramai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Berita Harian X