Sabtu, 20 Januari 2024 | 8:46am
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh melakukan pemeriksaan dokumen warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma Beranang, Semenyih, tengah malam tadi. - Foto BERNAMA

'Setiap tingkat ada warga asing...tempat ini macam kampung mereka'

BERANANG: "Boleh dikatakan setiap tingkat blok kediaman di sini (Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma) didiami warga asing yang menjadikan tempat ini macam kampung halaman mereka," kata penduduk dikenali sebagai Kumar, 70-an.

Beliau yang sudah menyewa di pangsapuri itu bersama isterinya sejak 10 tahun lalu berkata, kebanjiran warga asing di kawasan itu menyebabkan golongan terbabit 'besar kepala' dengan menimbulkan pelbagai masalah sosial.

"Mereka ini (warga asing) suka minum (arak) dalam rumah. Apabila sudah mabuk, mereka mula buat bising dan berlaku pergaduhan menyebabkan penduduk rasa tidak selamat.

"Di kawasan blok ini sahaja, setiap tingkat ada rumah yang didiami warga asing, disewa serendah RM400 hingga RM800 sebulan," katanya ketika ditemui dalam operasi oleh pihak berkuasa tengah malam tadi.

Warga asing yang ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma Beranang, Semenyih, tengah malam tadi. - Foto BERNAMA
Warga asing yang ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma Beranang, Semenyih, tengah malam tadi. - Foto BERNAMA

Anggota Jabatan Imigresen Malaysia melakukan pemeriksaan dokumen warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma Beranang, Semenyih, tengah malam tadi. - Foto BERNAMA

Kumar mendakwa kebanyakan warga asing menyewa di pangsapuri itu adalah warga Myanmar dan Bangladesh yang bekerja di kilang berhampiran.

"Dengan jumlah (warga asing) yang ramai, mereka menyebabkan penduduk tempatan menjadi tidak selesa dan kami pula berasa seolah-olah di negara luar," katanya yang turut berasa keselamatan terancam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk mahu dikenali sebagai Zainab, 30-an berkata, kehadiran warga asing paling kerap dilihat pada waktu petang dan hujung minggu.

"Mereka gemar berkumpul dan saya rasa bimbang untuk berjalan sendirian di kawasan mereka berkumpul terutama pada waktu malam kerana bimbang diganggu," katanya.

Zainab yang sudah menetap di pangsapuri berkenaan sejak belasan tahun lalu berkata, tindakan pihak berkuasa menggempur lokasi itu sangat baik demi menjamin keselamatan penduduk.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh ketika sidang media selepas operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma Beranang, Semenyih, tengah malam tadi. - Foto BERNAMA
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh ketika sidang media selepas operasi penguatkuasaan di Pangsapuri Baiduri Taman Tasik Kesuma Beranang, Semenyih, tengah malam tadi. - Foto BERNAMA

Anggota imigresen menggempur rumah di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma yang didiami warga asing. - Foto NSTP/ Nurul Hidayah Bahaudin
Anggota imigresen menggempur rumah di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma yang didiami warga asing. - Foto NSTP/ Nurul Hidayah Bahaudin

"Bagus apabila pihak Imigresen serbu tempat ini sebab setahu saya pangsapuri ini tidak pernah diserbu. Apatah lagi jumlah warga asing di sini semakin ramai.

"Apabila ada serbuan begini, pihak Imigresen boleh semak sama ada warga asing yang ada di kawasan ini ada dokumen atau sebaliknya sekali gus mengurangkan kehadiran mereka di sini," katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro yang mengikuti Operasi Penguatkuasaan Imigresen di pangsapuri itu bermula 12 tengah malam tadi mendapati kawasan berkenaan mempunyai 26 blok lima tingkat dengan setiap blok mempunyai lebih 20 rumah.

Daripada itu dianggarkan terdapat purata antara tujuh hingga 10 warga asing mendiami unit di hampir setiap blok.

Berita Harian X