Selasa, 16 Januari 2024 | 8:56am
Anggota bomba menyelamatkan dua wanita selepas motosikal terbabas ke gaung di Jalan Chenderiang Batu 9, Tapah malam tadi. - Foto Bomba
Anggota bomba menyelamatkan dua wanita selepas motosikal terbabas ke gaung di Jalan Chenderiang Batu 9, Tapah malam tadi. - Foto Bomba

Dua wanita cedera motosikal masuk gaung

TAPAH: Seorang wanita patah kaki manakala seorang lagi cedera ringan selepas motosikal mereka terbabas ke gaung sedalam tujuh meter di Jalan Chenderiang, Batu 9, dekat sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya terima maklumat kejadian jam 9.41 malam tadi.

Dalam kenyataan beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian.

Berita Harian X