Jumaat, 12 Januari 2024 | 3:12pm
Jenazah Muhammad Syahmiasyraf di Kampung Air Baruk, pagi tadi. - Foto PDRM
Jenazah Muhammad Syahmiasyraf di Kampung Air Baruk, pagi tadi. - Foto PDRM

Pelajar maut tercampak ke laluan bertentangan

JASIN: Seorang pelajar tingkatan dua yang dalam perjalanan ke sekolah, maut selepas motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Air Baruk, di sini hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 7.20 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Syahmiasyraf Mohd Zaini, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bendahara, di sini cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata penunggang motosikal berusia 16 tahun cedera di kepala dan beberapa bahagian badan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori, kereta dan motosikal.

Sebelum kemalangan, beliau berkata, lori dan motosikal dalam perjalanan dari Kesang menghala ke Bandar Jasin, manakala kereta dipandu guru wanita dari arah bertentangan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori terbabit memperlahan kenderaan kerana van di hadapannya berhenti untuk masuk ke simpang.

"Motosikal dinaiki merempuh bucu kanan belakang lori menyebabkan kedua-dua pelajar tercampak ke lorong bertentangan dan dilanggar kereta," katanya.

Ahmad Jamil berkata, semua kenderaan akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X