Ahad, 7 Januari 2024 | 5:38pm
Anggota APM menangkap tedung selar di sebuah tokong di Lendu malam tadi - Foto ihsan APM Alor Gajah
Anggota APM menangkap tedung selar di sebuah tokong di Lendu malam tadi - Foto ihsan APM Alor Gajah

Dua tedung selar 'berlawan' kejutkan petugas tokong

ALOR GAJAH: Seorang petugas di sebuah tokong di Jalan Rembia, dekat Lendu, di sini, terkejut menemukan dua tedung selar dipercayai sedang berlawan antara satu sama lain di bahagian belakang premis ibarat itu malam tadi.

Dua reptilia itu ditemukan ketika petugas berkenaan mahu membuka lampu di bahagian belakang tokong, sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meminta bantuan.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.08 malam sebelum empat anggota dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba anggota mendapati seekor ular tedung selar bersaiz besar sedang menelan ular jenis sama yang lebih kecil.

"Bagaimanapun ular terbabit memuntahkan semula mangsanya itu apabila ditangkap menggunakan tanjul ular.

"Kedua-dua tedung selar masing-masing sepanjang enam dan empat meter itu kemudian dibawa balik ke PDPA Alor Gajah untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian X