Selasa, 2 Januari 2024 | 3:46pm
Petugas APM SPaoh menunjukkan ular sawa panjangnya 4.6 meter bersembunyi bawah bonet kereta seorang guru SMK Spaoh, Betong, tengah hari tadi
Petugas APM SPaoh menunjukkan ular sawa panjangnya 4.6 meter bersembunyi bawah bonet kereta seorang guru SMK Spaoh, Betong, tengah hari tadi

'Ular sawa 15 kaki turut ke sekolah'

BETONG: Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh di sini, gempar apabila mendapati seekor ular sawa batik berukuran 4.6 meter bersembunyi dalam bonet sebuah kenderaan di situ, tengah hari tadi.

Menyedari kejadian itu, guru sekolah berkenaan menghubungi bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh bagi menangkap reptilia berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awan Daerah Betong, Kapten Siti Huzaimah Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ular itu pada jam 12.59 tengah hari.

"Susulan itu, sepasukan anggota APM diketuai Sarjan Noriza Japar, melakukan kerja menangkap ular berkenaan.

"Setibanya di lokasi, anggota kami dapati ular itu bersembunyi di bawah bonet kereta dan segera ditangkap melalui teknik menjerut," kata Siti.

Katanya, ular sawa berkenaan dibawa pulang ke pajabat APM untuk dilepaskan kembali ke habitat asal selepas penemuannya dilaporkan kepada Jabatan Perhilitan.

Berita Harian X