Isnin, 1 Januari 2024 | 12:26pm
Seorang anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran membabitkan sebuah kereta elektrik Mercedes EQB di sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Skudai, Johor Bahru semalam. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Kereta elektrik terbakar ketika sedang dicas

JOHOR BAHRU: Sebuah kereta elektrik Mercedes EQB terbakar ketika sedang dicas di sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Skudai sini, semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 jam 2.25 petang semalam.

"Kebakaran memusnahkan 90 peratus keseluruhan kenderaan dan lima peratus bangunan yang menempatkan ruang pameran.

"Kebakaran turut memusnahkan 20 peratus Electric Vehicle Charging Bay di hadapan kereta yang terbakar," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

 - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

 - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Azmi berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, operasi tamat pada jam 3.10 petang.

Terdahulu, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 10 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Berita Harian X