Ahad, 31 Disember 2023 | 11:03pm
Sebuah bilik ‘transformer’ milik Sungai Way Free Industry Zone terbakar kira-kira 5.53 petang di Petaling Jaya, hari ini. Foto BERNAMA
Sebuah bilik ‘transformer’ milik Sungai Way Free Industry Zone terbakar kira-kira 5.53 petang di Petaling Jaya, hari ini. Foto BERNAMA

Empat cedera dalam kebakaran bilik transformer di PJ

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dilaporkan cedera dalam insiden kebakaran sebuah bilik transformer di Zon Perindustrian Bebas Sungai Way di Petaling Jaya, pada jam 5.53 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata semua mangsa yang juga warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mereka ialah Muhammad Adham Nor Zali, 22; Zaiful Amrun Mohd Zahar, 52; Nik Hafzan Ali, 34, dan Muhd Fauzi Abdul Rahim, 37.

Sebuah bilik ‘transformer’ milik Sungai Way Free Industry Zone terbakar kira-kira 5.53 petang di Petaling Jaya, hari ini. Foto BERNAMA
Sebuah bilik ‘transformer’ milik Sungai Way Free Industry Zone terbakar kira-kira 5.53 petang di Petaling Jaya, hari ini. Foto BERNAMA

"Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6.07 petang, api sedang merebak ke struktur bangunan bersebelahan namun berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 44 minit kemudian dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan Subang Jaya," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran menyebabkan bilik transformer berkeluasan kira-kira 37 meter persegi itu musnah sepenuhnya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid pula ketika dihubungi mengesahkan keempat-empat mangsa stabil dan hanya melecur anggota badan serta masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam.– BERNAMA

Berita Harian X