Sabtu, 30 Disember 2023 | 1:37pm
Anggota bomba mengusung mayat mangsa lemas di pantai Batu Pahat, Sandakan. NSTP/Ihsan Bomba
Anggota bomba mengusung mayat mangsa lemas di pantai Batu Pahat, Sandakan. NSTP/Ihsan Bomba

Remaja lelaki ditemui lemas di pantai Batu Sapi

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki ditemui lemas hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama beberapa rakan di pantai Batu Sapi, berdekatan Kampung Gas, petang semalam.

Mayat Mohd Amiruddin Juhardin, 16, ditemui orang awam 30 meter dari lokasi dilaporkan hilang, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nizam Sainkui, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.40 petang semalam.

Katanya, sejurus itu, sepasukan 14 anggota dari BBP Sandakan digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Pada jam 8 malam, SAR ditangguhkan dan disambung semula jam 6 pagi ini. Namun, pada jam 8 pagi, orang awam menemui mayat mangsa terapung sebelum dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat dan susulan penemuan itu SAR dihentikan jam 8.30 pagi.

Berita Harian X