Jumaat, 22 Disember 2023 | 9:14am
Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru, Klang menghala ke Shah Alam, pagi ini. - Foto BOMBA
Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru, Klang menghala ke Shah Alam, pagi ini. - Foto BOMBA

Dua maut kemalangan di Klang

KLANG: Dua maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru Klang, pagi ini.

Mangsa yang maut ialah dua lelaki, manakala lima mangsa lain yang terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi dan dua lelaki mengalami kecederaan.

@bharianmy Dua maut kemalangan di Klang #BeritaDiTikTok ♬ original sound - Berita Harian

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 6.23 pagi.

Katanya, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke tempat kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, kemalangan berkenaan melibatkan tiga buah kereta yang membabitkan tujuh orang mangsa.

"Dua lelaki maut selepas tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

"Lima lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak perempuan serta seorang bayi terselamat tetapi cedera," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Berita Harian X