Khamis, 14 Disember 2023 | 3:12pm
Foo Soon Siong dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini. - NSTP/ALIAS ABD RANI
Foo Soon Siong dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini. - NSTP/ALIAS ABD RANI

Ejen insurans kena penjara, denda RM30,000

BATU PAHAT: Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Zabedah, di sini, tengah malam tadi.

Foo Soon Siong, 37, didakwa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM30,000.

Hukuman lain, hilang kelayakan untuk mendapat atau memegang lesen selama dua tahun dari tarikh sebutan kes.

Sebaik pertuduhan dibacakan, lelaki berkenaan mengaku bersalah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh juga hilang kelayakan mendapat atau memegang lesen selama dua tahun bermula dari tarikh sabitan.

Soon Siong mengaku salah memandu kereta dalam keadaan mabuk ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Zabedah, di sini.

Berita Harian X