Sabtu, 9 Disember 2023 | 8:43pm
 Muhd Nuh Ibrahim dilaporkan hilang sejak pagi tadi dan pakaiannya ditemui di tepi jalan. Foto ihsan bomba
Muhd Nuh Ibrahim dilaporkan hilang sejak pagi tadi dan pakaiannya ditemui di tepi jalan. Foto ihsan bomba

Lelaki autisme dilaporkan hilang di Papar

PAPAR: Seorang lelaki autisme dikhuatiri hilang di Kampung Sumbiling Mogon, di sini, sejak pagi tadi.

Mangsa, Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, disedari hilang oleh bapanya pada kira-kira jam 7 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.15 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar digerakkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba berusaha mendapatkan maklumat lanjut kejadian itu daripada keluarga mangsa, usaha mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ketika operasi SAR dijalankan, pasukan bomba menemui pakaian dipercayai milik mangsa.

"Pakaian itu ditemui di tepi jalan Kampung Sumbiling. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Berita Harian X