Rabu, 6 Disember 2023 | 7:57am
ZAYN Rayyan dilapor masih tidak pulang ke rumah sejak habis sekolah.
ZAYN Rayyan dilapor masih tidak pulang ke rumah sejak habis sekolah.

'Anak saya autisme, jika nampak pegang dia dulu, hubungi saya'

KUALA LUMPUR: Budak lelaki autisme berusia enam tahun dilapor hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa.

@bharianmy 'Anak saya autisme, jika nampak pegang dia dulu, hubungi saya' #BeritaDiTikTok ♬ original sound - Berita Harian

Ibunya berkongsi di Facebook mengenai kehilangan Zayn Rayyan yang dikatakan masih berpakaian seragam sekolah.

"Assalamualaikum, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari tengah hari tadi.

"Jika ternampak sila hubungi nombor seperti di bawah. Anak saya OKU, autisme. Dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dahulu ya, terus hubungi saya, terima kasih," katanya.

Zayn Rayyan berketinggian 120 sentimeter (cm) dan kali terakhir dilihat berpakaian baju putih dan seluar hitam serta berkasut sekolah.

Kanak-kanak itu difahamkan bersekolah di Damansara Damai.

Berita Harian X