Selasa, 5 Disember 2023 | 7:43am
Anggota APM Padang Terap melakukan pemantauan di kawasan Kampung Labi yang dinaiki air berikutan banjir kilat yang melanda sejak malam tadi. - Foto APM

Satu PPS dibuka di daerah Padang Terap akibat banjir kilat

PADANG TERAP: Seramai 31 mangsa daripada sembilan keluarga di Kampung Labi, Mukim Tualak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak, Mukim Tualak pada jam 12 tengah malam tadi, selepas rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

@bharianmy Satu PPS dibuka di daerah Padang Terap akibat banjir kilat #BeritaDiTikTok ♬ original sound - Berita Harian

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim berkata, ia susulan hujan lebat berpanjangan bermula jam 7 petang semalam menyebabkan kampung berkenaan dinaiki air.

"Operasi memindahkan semua mangsa berjalan lancar dengan bantuan agensi penyelamat sejak malam tadi.

"Semua mangsa terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa dan empat kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roshidi berkata, pemantauan akan dilakukan oleh anggotanya dari masa ke semasa di kawasan yang dinaiki air di daerah itu.

Anggota APM Padang Terap melakukan pemantauan di kawasan Kampung Labi yang dinaiki air berikutan banjir kilat yang melanda sejak malam tadi. - Foto APM
Anggota APM Padang Terap melakukan pemantauan di kawasan Kampung Labi yang dinaiki air berikutan banjir kilat yang melanda sejak malam tadi. - Foto APM

PPS yang dibuka di SK Tualak, menempatkan seramai 31 mangsa di Kampung Labi yang terjejas akibat banjir kilat. - Foto APM

Berita Harian X